- Research Article
- 10.51377/azjaf.vol7no1.250
Elemen Hifz Al-Nasl dalam Agihan Zakat di Negeri Kedah: Analisis Berdasarkan Maqasid Al-Syariah
- Mar 19, 2026
- AZKA International Journal of Zakat & Social Finance
- Nor Hayati Md Dahlal + 1 more +1
Artikel ini membincangkan elemen hifz al-Nasl dalam agihan zakat di negeri Kedah berdasarkan kerangka maqasid al-Syariah. Pemeliharaan keturunan merupakan salah satu daripada objektif utama syariah yang menekankan kepentingan menjaga maruah, kelangsungan hidup berkeluarga, pendidikan anak-anak serta perlindungan institusi kekeluargaan daripada keruntuhan. Artikel ini bertujuan meneliti bagaimana skim-skim agihan zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dapat menyumbang ke arah pemeliharaan keturunan golongan asnaf. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen dasar dan laporan tahunan zakat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelbagai skim agihan zakat seperti bantuan pendidikan anak-anak asnaf, bantuan perkahwinan, bantuan keluarga miskin serta sokongan kebajikan anak yatim, secara langsung menyumbang kepada pemeliharaan keturunan dalam bentuk menjaga kelangsungan institusi keluarga, mencegah keruntuhan moral dan memastikan kesinambungan generasi yang berdaya saing. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dari sudut keberkesanan pelaksanaan, termasuk isu birokrasi, ketidaksamarataan agihan dan kekangan dana yang kadangkala mengehadkan keberlangsungan program jangka panjang.
Read more