The Stylistic Devices of Conjunction and Their Strength in Shaping Beauty: Syair Dagang Adanya by Sheikh Hamzah Fansuri
ABSTRAK Syair Dagang Adanya merupakan puisi Sheikh Hamzah Fansuri yang sarat dengan nilai-nilai Islam. Namun, kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri menerusi syair ini kurang dikaji secara tuntas sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara khususnya yang berkaitan aspek keindahan gaya bahasa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti keindahan gaya bahasa pertautan yang digunakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri dalam syair ini. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan analisis kandungan terhadap manuskrip MSS 3160 Syair Dagang Adanya. Pengumpulan data dilakukan dengan melibatkan beberapa proses, iaitu; (1) Pembacaan secara berulang-ulang Syair Dagang Adanya untuk mengenal pasti kata kunci yang berkaitan gaya bahasa pertautan; (2) Mencatat dan menulis kata kunci gaya bahasa pertautan yang terdapat dalam Syair Dagang Adanya; (3) Mengelompokkan kata-kata kunci dengan gaya bahasa pertautan berdasarkan model Tarigan untuk dianalisis; dan (4) mengenal pasti kesan keindahan penggunaan gaya bahasa tersebut. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan (1983) digunakan sebagai kerangka analisis dengan tumpuan terhadap gaya bahasa pertautan yang merangkumi metonimi, alusi, eufemisme, epitet, sinekdok, antonomasia, paralelisme dan asindeton. Dapatan kajian mendapati Sheikh Hamzah Fansuri berjaya memanipulasikan kesemua gaya bahasa pertautan tersebut dalam mencorakkan keindahan Syair Dagang Adanya. Kekuatan gaya bahasa pertautan ini membolehkan Sheikh Hamzah Fansuri menyampaikan isu-isu berkaitan keagamaan secara berkesan. Kajian sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa dalam pengkaryaan Sheikh Hamzah Fansuri yang lainnya. Kata kunci: Gaya bahasa pertautan; Henry Guntur Tarigan; manuskrip; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya ABSTRACT The poem Syair Dagang Adanya by Sheikh Hamzah Fansuri is rich with Islamic values. However, studies on the poetry of Sheikh Hamzah Fansuri through this poem have been insufficiently conducted, leaving a significant gap in research, particularly in relation to the linguistic stylistic beauty. Therefore, this study aims to examine the beauty of conjunctive stylistic devices employed by Sheikh Hamzah Fansuri in this poem. This qualitative study applies content analysis to the MSS 3160 manuscript of Syair Dagang Adanya. Data collection was conducted through several processes, namely: (1) Repeated reading of Syair Dagang Adanya to identify keywords related to conjunctive stylistic devices; (2) Recording and noting the conjunctive stylistic device keywords found in Syair Dagang Adanya; (3) Grouping the keywords by conjunctive stylistic devices based on Tarigan’s model for analysis; and (4) Identifying the aesthetic impact of these stylistic devices. The Stylistic Devices model by Henry Guntur Tarigan (1983) was used as the analytical framework, with a focus on conjunctive stylistic devices including metonymy, allusion, euphemism, epithet, synecdoche, antonomasia, parallelism, and asyndeton. The findings of this study reveal that Sheikh Hamzah Fansuri successfully manipulated all these conjunctive stylistic devices to enhance the beauty of Syair Dagang Adanya. The strength of these devices allowed Sheikh Hamzah Fansuri to effectively convey religious themes. It is hoped that this systematic study will encourage further scholarly research on the use of stylistic devices in the literary works of Sheikh Hamzah Fansuri. Keywords: Conjunctive stylistic devices; Henry Guntur Tarigan; manuscript; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya
Read more